Cinta VS Couple .
Bercinta dan coupling adalah dua benda yang sangat berbeza.
Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar.
Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki.
Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah "nafsu" dan bukannya cinta.
Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh ideologi materialisme dan juga liberalisme .
Mereke ini telah berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa di zaman kini.
Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu.
Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta.
Mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo,negatif dan tidak suci lagi.
Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral.
Telah dikotorkan oleh ideologi liberal.
Yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim.
Antara dua insan berlainan jantina sebelum berkahwin.
Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini , ia bukanlah bercinta.
Tetapi lebih kepada "melayan nafsu serakah" semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci.
Cinta kepada Allah dan Rasul.
Cinta kepada agama Islam.
Cinta kepada Ibu dan bapa.
Cinta kepada negara.
Dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri.
Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak.
Dengan syarat ia adalah cinta sejati!
Maka , jika tidak mahu perkara yang buruk terjadi.
Gunakanlah akal dan bukannya ikutkan kehendak hati sahaja.
Apabila kita terburu-buru mengikut kata-kata hati.
Otak kita yang akan menerima padahnya kelak di kemudian hari!
*Think positive , gunalah akal dan bukannya ikutkan hati :).
No comments:
Post a Comment